Apa-apa aje.

Apa-apa aje.
1st Sign

Sub-Blog

Sub-Blog
a-rc

eh-manga

Selasa, 14 Oktober 2008

Gundam 00/00P Season 2 : Jenis Gundam

Aku baru jumpa banyak pic gundam 00 yang best2 lagi best leh jumpa pic gundam GN-XXX Rasiel (1st daripada unit gundam 3rd Generation) & GNR-000 GN-Sefer(1st generation GN-Arms).

Bila aku tengok Gundam 00 S2 ep1 & ep2 aku baru perasan yang senjata gundam ni semua jenis pelbagai fungsi. Senang kata 2 dalam 1 ar.

Lagi satu Season 2 ni menampilkan banyak ciri-ciri siri Zeta Gundam dari segi jalan cerita, watak  & unit gundam sendiri.

contohnya :
Titan Federation = A-Laws ESF
Karaba = Catalan
AEUG = Calestial Being


GN-XXX Gundam Rasiel
-aku masih tak tahu lagi time bila unit ni keluar tapi yang aku pasti setahun sebelum timeline Gundam 00 1st Season.

GN-0000 "00" Gundam
-unit yang pertama dalam 4th Generation Gundam
-Berdasarkan skala exia
-memiliki kuasa janaan yang lebih besar
-senjata dari beam rifle leh transform jadi GN-Blade II
-perisai extra kat bawah linear GN-Drive leh tanggalkan & combine jadi perisai besar. Silap-silap leh jadi GN-blade gak kalau dilihat dari segi bentuk dia.

GN-006 Gundam Cherudim
-berdasarkan skala Dynames
-ada 'ekor' kat belakang wat sokong time menembak tepat
-beam rifle leh jadi sniper rifle

GN-007 Gundam Arios
-berdasarkan skala kyrios
-x tau agi apa kelebihan dia selain lebih aerodinamik dalam pertempuran

GN-008 Gundam Seravee
-berdasarkan skala Virtue
-ada muka kepala gundam kat belakang badan, x tau pe guna
-badan penuh dengan senjata mega-beam
-senjata leh combine jadi GN-Bazooka cam virtue tapi yang ni lebih besar
-juga leh sambung ngan meriam kat bahu
-gundam pertama yang aku jumpa ada mega beam kat lutut dia.


GN 0-Riser
-GN-Arms 3rd Generation
-khas untuk OO Gundam
-pemandu mungkin Lasse, sistem auto @ Saji

GNR-000 GN Sefer
-jenerasi pertama GN-Arms
-khas untuk Rasiel gundam


OO Gundam bergabung dengan GN-0 Riser.
-x tau lagi pe kelebihan dia
-menyerupai RX-178 Gundam Mk-II + G-Defenser = Super Gundam dalam siri Zeta Gundam.

Gundam 00 Season 2 : OO Gundam



Best woo part yang ni.

Khamis, 9 Oktober 2008

Soooo Llllllooooonnnnggggg.....

Ahahaha, lama tul aku tak log in blog ni. Tak larat aku. Puasa la katakan. 
Tambah lagi ngan projek malay translation, lagi la terus tak ingat nak login. 
Apepun sekarang anime dah masuk season baru. Banyak boleh tahan. Citer dia pun best jugak. Lagi-lagi Gundam 00 2nd season. Peh, teruja aku.

Tapi sebelum tu imbas balik anime sebelum ni, Code Geass R2 & Macross Frontier:

Code Geass R2 Ep. 25 : 
-Peh, tak penah la pulak aku tengok ending anime yang macam ni. Memang menyayat hati(i_i).
-Aku repeat babak Zero muncul sampai habis banyak kali.
-Tapi yang menjadi masalahnya ada pulak kemungkinan Lelouch hidup lagi. Dah buat kepala aku serabut.
-Tapi aku tetap berharap Sunrise keluarkan CG season 3. Coz dalam 2 season ni tak jelaskan lagi asal-usul Code:Geass.

Macross Frontier Ep. 25 :
-Yang ni memang 'cool'. Aku dah lama tunggu anime yang macam ni :D
-yang menjadi masalahnya pulak aku rasa macam tak cukup lagi.
-harap-harap la diaorang terbitkan season 2 ke buat siri macross baru coz siri anime ni tak banyak sangat macam siri gundam.
-dalam macross universe banyak persoalan x setel lagi. Lagi yang last ni makin timbul persoalan lain lagi macam Mr. Birler sedang tengok gambar minmay kat sebalik cincin Fold Quartz dia, maknanya ada hubungan ke antara dia ngan minmay?

Okay, sekarang ni aku tengah ikuti anime kat bawah ni:

Shikabane-hime: Aka
-yang ni best gak.

Ga-Rei Zero
-oi, ekstreme gak ganas dia.

ef - A Tale of Melodies
-yang ni aku baru nak tengok.

To Aru Matjutsu no Index
-best jugak, dari group yang bikin shakugan no shana. Tone gelap dia je dah nampak macam SnS.

Gundam 00 Season 2
-wooo, yang ni memang best sesangat.
-OP dia memang best.

Kannagi
-memang lawak gila.

Rosario + Vampire Capu2
-panties x3

Linebarrels of Iron
-eh, x sama la pulak ngan storyline manga dia(mula-mula) tapi x tau la kalau memang citer ni dibuat berbeza storyline dengan manga dia. 

Hyakko!
-ar yang ni aku tak tengok lagi so no komen.

Akane-iro ni Somaru Saka!
-ni asalnya h-game, tapi versi ps2 ngan anime dia da buang h. Lawak dia leh tahan.

Clannad ~After Story
-aku harap anime dia x ikut storyline game dia coz ending game dia syahdu woo...

Toradora!

-yang ni lawak gila.

Yang lain aku tak ingat ar.

Ahad, 14 September 2008

GUNDAM 00 SECOND SEASON TRAILER NO.5 [STREAMING]




Woooaaaahhhhhh.......

trailer gundam 00 season 2 yang baru.

Ni yang buat aku tak sabo-sabo nak tengok ni.


Rabu, 10 September 2008

Anime Toradora!




Ni ada beberapa stuff info skala pasal anime Toradora! yang aku jumpa kat mangahelper.

Toradora! merupakan karya Yuyuko Takemiya bergenre romantik, komedi pertama kali diterbitkan dalam bentuk siri novel ringan keluaran MediaWorks. Kemudian diadaptasi ke manga keluaran Degenki Daioh dan seterusnya dijadikan anime untuk musim luruh(bulan depan la).

Mengisahkan pelajar sekolah tinggi Takasu Ryuuji, yang disalah anggap oleh orang di sekelilingnya sebagai samseng disebabkan renungan matanya yang begitu menakutkan padahal hal yang sebenarnya terbalik dan si-ketot/pendek tetapi merbahaya, Aisaka Taiga menempuh cabaran bersama demi menawan hati oang yang disukai tetapi lain pulak yang jadi.

Ahaha, baca novel dia jek dah lawak habis, apa lagi kalau baca manga ngan tengok anime dia.

Yang kat bawah ni intro skala watak-watak utama yang diterbitkan dalam majalah Degenki Daioh.












Selasa, 9 September 2008

Sabtu, 6 September 2008